Auto News

Proton Green Mobility Challenge

green_mobility_challenge_proton

Green technology represents the future of automotive engineering, and as a commitment to help create a sustainable environment, PROTON Holdings Berhad (PROTON) and Agensi Inovasi Malaysia (AIM), a statutory body set up by the Government via AIM Act 2010, have taken the initiative to organise the PROTON Green Mobility Challenge 2012 – Innovating Electrification of Automotive Industry.

This initiative is in tandem with the pledge by the Malaysian Government during Copenhagen Declaration, to reduce greenhouse gases by 40% come the year 2020

PGMC 2012 (the challenge) mainly targets the participation of local research community including post graduates and undergraduates from the selected institutions of higher learning in Malaysia/universities – both local and foreign (with local presence) – that offer engineering and automotive programmes.

A total of Ten (10) out of Nineteen (19) teams from the various universities were shortlisted to compete in the challenge based on their presentation to the Technical Committee.

The teams will research and work for about 9 months on a project focusing on the energy saving technology and strategies. The overall winner will receive a RM50,000 research grant, an internship with PROTON and a chance to compete on the global stage.

The Rules of the Challenge

In line with our commitment to help create a sustainable environment, PROTON Holdings Berhad (PROTON) and Agensi Inovasi Malaysia (AIM), a statutory body set up by the Government via AIM Act 2010, have collaborated to organise the inaugural PROTON Green Mobility Challenge 2012 (PGMC 2012).

PGMC 2012 is organised in line with the National Green Technology Policy and the National Automotive Policy in promoting Hybrid and Electric Vehicles.

PGMC 2012 is a part of PROTON’s social obligation and responsibility programme focusing on sustainable automotive mobility through the use of electric vehicle.

The Challenge serves as an another platform for – the industry to seek innovative ideas from universities (including foreign universities with local presence) to develop an electric vehicle based on the conventional Proton Saga specifications as determined by the Organiser. While the challenge focuses on energy saving technology and strategies, it also looks into potential solutions to bridge the gap between these two types of vehicles in terms of distance travel and overall performance.

The initiative is in tandem with the pledge by the Malaysian government to reduce greenhouse gasses by 40% come the year 2020.

Our strategic partners:

  • Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)
  • Malaysian Green Technology Corporation, an agency under the Ministry of Energy, Green Technology and Water (KeTTHA)
  • Malaysia Automotive Institute (MAI), an agency under the Ministry of International Trade and Industry (MITI)
  • The Society of Automotive Engineers (SAE) International, Malaysia
    • MISSION

      The mission of PGMC 2012 is to prepare and equip future automotive engineers for the Green Mobility Technology in line with PROTON’s Vehicle Electrification Roadmap, the National Green Technology Policy and National Automotive Policy on Hybrids and Electric Vehicles.

    • OBJECTIVES

      • To excite research community within Institutions of Higher Learning/universities in Malaysia
      • To promote the green mobility technology on Electric Vehicles
      • To enlighten the nation on PROTON’s Green Mobility Technology initiatives and its journey to become a leading global player in the E-mobility market.
    • CHALLENGE AIMS

      • To provide universities with a common platform for technical innovations during the development of a full electric vehicle based on Proton Saga
      • The electric vehicle is required to compete in Farthest Distance; Quarter Mile Acceleration; Fastest Time for 2 Laps and Maximum Velocity (V-Max) at the final event.

CHALLENGES

Farthest Distance

To develop a total strategy to enable the electric vehicle to travels as far as possible with one single charge.

Quarter Mile Acceleration

To develop an electric vehicle to compete in the quarter mile acceleration.

Fastest Time for 2 Laps

To develop an electric vehicle to complete two (2) laps on the track in the shortest time possible.

Maximum Velocity (V-Max)

To develop an electric vehicle to achieve the highest possible speed in a long straight line during two (2) laps event.

CHALLENGE ITINERARY

09:00 – 17:30 Registration & Technical Presentation by Participating Teams (closed door)

07:00 – 09:00 Assembly of all participating vehicles. All vehicles must be at the event venue by 9.00 am the latest
09:00 – 12:00 Event and Safety Briefing, Scrutinising, Off-Track Judging.
Only vehicles bearing “Approved” stickers shall be allowed to proceed to participate in the on-track Challenge events
14:30 – 16:00 Quarter Mile Practice Session
16:30 – 18:30 Fastest time for two laps and V-Max practice session
18:30 – 00:00 Repairing (if any) with authorised Marshal presence
18:30 – 00:00 Overnight EV Charging

Chairman Speech

TEKS UCAPAN Y.BHG DATO’ SRI HAJI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR PENGARAH URUSAN KUMPULAN, PROTON HOLDINGS BERHAD

MAJLIS PELANCARAN ‘CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON 2012’ RABU, 29 FEBRUARI 2012, PUTRAJAYA

Bismillahir rahmanir rahim
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia
Yang Berhormat Dato’ SK Devamany, TImbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
Yang Berbahagia Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh Pengerusi PROTON
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Kamal Jit Singh Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Inovasi Khas, Pejabat Perdana Menteri
En. Mark Rozario Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Inovasi Malaysia
Naib-Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor serta wakil-wakil Institutsi Pengajian Tinggi dari seluruh Negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan Cabaran Mobiliti Hijau PROTON 2012 ini,
Yang Berbahagia Tan sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’- Dato’ dan Datin-Datin Dif – Dif Kehormat, Ahli-ahli Jawatankuasa pertandingan,
Wakil – wakil Media Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. MUKADIMAH
1.1 Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-sama berkumpul pada petang ini di majlis pelancaran PROTON GREEN MOBILITY CHALLENGE (PGMC 2012) atau CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON 2012.

1.2 Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak kerana telah sudi, melancarkan cabaran mobiliti ini, walaupun dalam kesibukan tugas beliau.

1.3 Kehadiran Yang Amat Berhormat, sememangnya cukup bermakna bagi kami, iaitu PROTON dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai penganjur bersama cabaran ini, kerana ia adalah satu inisiatif dan kerjasama yang penting antara kedua-dua organisasi. Hari ini juga adalah hari yang bersejarah kerana inilah kali pertama cabaran mobiliti ini diadakan dan kami berharap ia akan berterusan di tahun-tahun akan datang.

1.4 PGMC 2012 ini juga merupakan inisiatif kami dalam menyokong Dasar Teknologi Hijau Nasional dan Dasar Automotif Nasional dalam mengenengahkan kenderaan berteknologi hijau (hybrid dan elektrik.). Ia diadakan pada tahun ini sejajar dengan sokongan kami kepada inisiatif Kerajaan untuk menjadikan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional.

Sidang Hadirin,

2. KE ARAH TEKNOLOGI HIJAU – REALITI MASA KINI DAN MASA HADAPAN
2.1 Masa berubah, begitu juga kehendak zaman dan industri. Kekurangan sumber minyak petrol dan bahan api daripada sumber fosil, pencemaran udara dan alam sekitar serta pelbagai lagi masalah alam sekitar yang sedang berlaku menuntut kita sebagai sebuah masyarakat dan Negara untuk turut sama berubah.

2.2 Seluruh dunia kini sedang menuju ke arah pembangunan teknologi hijau termasuklah juga dalam sektor automotif. Ini merupakan satu perlumbaan baru untuk semua syarikat automotif pada masa kini.

2.3 Melalui Dasar Teknologi Hijau Nasional dan Dasar Automotif Nasional, Kerajaan kita telah mengorak langkah dalam memulakan perjalanan Negara, ke arah pembangunan dan penggunaan teknologi hijau bagi mencapai pelbagai matlamat yang telah digariskan, termasuklah untuk mengurangkan kadar emisi karbon dioksida Negara sebanyak 40% menjelang tahun 2020 nanti.

2.4 Bagi menyokong langkah Kerajaan ini, PROTON juga telah memulakan inisiatif- inisiatif yang berkaitan seperti membangunkan kenderaan elektrik SAGA EV dan EXORA REEV, di mana kereta-kereta tersebut kini sedang dipandu uji oleh beberapa pihak di Kementerian dan Agensi Kerajaan serta Pejabat YAB Perdana Menteri sendiri di bawah program ‘Fleet Test Vehicle, bagi PROTON mendapatkan maklumbalas sebelum pengkomersilan kereta-kereta eletrik tersebut menjelang 2013 nanti.

2.5 Perjalanan kita sebagai sebuah Negara ke arah teknologi Hijau memerlukan kita melalui pelbagai proses perubahan, dan perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Perubahan memerlukan kesedaran dan penerimaan terhadap realiti baru serta disusuli tindakan kita untuk berubah, termasuklah penglibatan pelbagai pihak yang boleh menyumbang kepada perubahan tersebut.

2.6 Dalam perkara ini, di samping kerjasama pihak Kerajaan dan sektor swasta, kesedaran dan penglibatan masyarakat Negara ini untuk berubah ke arah teknologi hijau juga adalah amat penting dan diperlukan.

Sidang Hadirin,

3. KESEDARAN DAN PERANAN MASYARAKAT
3.1 Ini merupakan antara sebab utama mengapa kita memulakan CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON 2012 ini – iaitu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan alam sekitar dan memupuk penerimaan mereka terhadap realiti kenderaan berteknologi hijau sebagai kenderaan generasi masa hadapan.

3.2 Sudah tiba masanya untuk kita membentuk pemikiran masyarakat di Malaysia bahawa kenderaan elektrik dan hybrid harus menjadi pilihan mereka dalam membantu ke arah pemeliharaan alam sekitar serta penyelesaian masalah sumber tenaga daripada bahan fosil yang semakin berkurangan.

3.3 Dalam usaha meningkatkan kesedaran ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak media atas peranan yang amat penting dalam memberi publisiti kepada cabaran PGMC 2012. Ini akan secara terus menyumbang kepada kesedaran dan kesediaan masyarakat di Negara kita untuk menerima kenderaan berteknologi hijau yang lebih mesra alam. Terima kasih atas sokongan anda dan saya berharap sokongan seperti ini akan dapat diteruskan.

Sidang Hadirin,

3.4 Perubahan ke arah teknologi hijau juga tidak boleh berlaku tanpa penglibatan generasi muda yang bakal mewarisi industri automotif Negara. Kita sentiasa memerlukan idea-idea baru, inovasi, kepakaran, inisiatif penyelidikan dan pembangunan yang tidak hanya boleh disumbangkan oleh pihak industri dan Kerajaan sahaja. Saya percaya, idea yang bernas boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja, termasuklah juga oleh generasi muda dan komuniti penyelidik di Institusi- institusi Pengajian Tinggi di Negara kita yang mempunyai pelbagai kepakaran yang boleh dimanfaatkan.

3.5 Ini juga merupakan salah satu inspirasi kepada cabaran PGMC 2012 ini – iaitu untuk memberi peluang kepada komuniti penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi di Negara kita, yang menggabung tenaga pengajar, pasca siswazah dan penuntut- penuntut serta para akademik di luar industri automotif, untuk bersama-sama menyumbang idea dan kepakaran dalam menginovasi elektrifikasi industri automotif Negara.

3.6 Hasil daripada inisiatif ini bukan sahaja boleh membantu industri automotif tempatan dalam membangunkan kenderaan berteknologi hijau tetapi juga mencipta harta intelek yang boleh digunapakai dan dipasarkan bagi menambah pendapatan Negara.

Sidang Hadirin,

3.7 Sebagai sebuah syarikat kereta nasional, PROTON memikul aspirasi Negara untuk membangunkan kepakaran tempatan khususnya dalam industri automotif. Peranan PROTON adalah untuk menyediakan satu platfom strategik bagi penguasaan teknologi canggih, selari dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara yang benar-benar maju.

3.8 Cabaran Mobiliti Hijau PROTON 2012 merupakan salah satu daripada platform tersebut, selaras dengan usaha dan hasrat kerajaan membangunkan generasi hadapan, iaitu modal insan Negara yang berbudaya kreatif dan inovasi serta lebih berdaya saing bagi menjayakan pelaksanaan Model Ekonomi Baru yang berlandaskan teknologi, innovasi dan kreativiti.

4. PENUTUP
4.1 Yang Amat Berhormat dan sidang hadirin sekalian, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kita atas kesudian beliau untuk hadir di majlis kita pada hari ini dan seterusnya melancarkan PGMC 2012.

4.2 Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Unit Inovasi Khas (UNIK) Pejabat Perdana Menteri atas segala sokongan yang diberikan kepada PROTON serta AIM iaitu rakan kolaborasi PROTON dalam hal ehwal inovasi serta penganjur bersama cabaran mobiliti ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak AIM atas segala kerjasama bersama PROTON sehingga ke hari ini.

4.3 Juga kepada rakan-rakan strategik yang menyokong usaha PROTON dan AIM dalam menjayakan pertandingan ini iaitu pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Corporation), Institut Automotif Malaysia (MAI) serta ‘Society of Automotive Engineers (SAE) International, Malaysia”. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada para penaja yang telah sudi memberi sokongan untuk menjayakan Cabaran Mobiliti Hijau PROTON.

4.4 Kepada sepuluh pasukan dari IPTA dan IPTS yang bertanding dalam Cabaran ini, saya ucapkan selamat menempuh cabaran. Jadikanlah peluang ini sebagai platform untuk memperkembangkan potensi diri anda. Di PROTON, kami berpegang kepada prinsip ‘Komited Untuk Menjadi Lebih Baik’. Semoga melalui pertandingan ini, anda semua akan dapat menjadi insan yang lebih baik, lebih berkeupayaan, berilmu dan berpengalaman untuk menyumbang kepada agama, masyarakat dan Negara.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

INNOVATION TO DRIVE NATION FORWARD

Nor Aleya Natasha Hisham, 8, receiving a Jalur Gemilang from Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak after she sang the 1Malaysia song during the launch of the PROTON Green Challenge 2012 yesterday. With them are PROTON Holdings Group Managing Director Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (left) and PROTON Holdings Chairman Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh (second from left). Pic by Iswadi Ismai/NST

PUTRAJAYA 29 FEBRUARY 2012 : RESEARCH and development (R&D) will have to be supported by innovations to move the country towards becoming an innovative economy, Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Razak said yesterday.

Speaking at the launch of PROTON Green Mobility Challenge 2012 (PGMC 2012), Najib said each organisation, be it private, university or government agency, needed to play more active roles.

He said the PGMC was a good example of how the three main components of advanced societies — industry, academia and government — could work closely together to achieve ambitious goals for the benefit of the nation.

“Innovation cannot happen in isolation. Each organisation has its strengths and weaknesses.

“If we as a nation were to accelerate innovation and be competitive in the global market, organisations need to find ways to collaborate closely towards a common goal.”

He added that without R&D and creative innovation, the nation’s oil palm and rubber industries would not have been as successful as they are now.

“Imagine the impact innovation has given to the people.

“Let us make sure that innovation will not stay in laboratories, but be brought to the market.”

PGMC 2012 is organised in line with the national green technology policy and national automotive policy in promoting hybrid and electric vehicles.

The challenge is open to university students, with participating teams required to transform a regular Proton Saga into a full electric vehicle.

Each university is awarded a standard Proton Saga, a battery and other equipment, together with RM20,000 as development fund – NSTP

PRIME MINISTER DATO’ SRI NAJIB LAUNCHES PROTON GREEN MOBILITY CHALLENGE

Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak putting his hand on a panel when launching the PROTON Green Challenge 2012 at the Prime Minister’s Office. Looking on are PROTON Group Managing Director Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir (L) and PROTON Holdings Chairman Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh (2nd L). Picture by NSTP/Fariz Iswadi Ismail.

PUTRAJAYA 29 February 2012 : Teams from 10 local universities will compete in the challenge to convert the conventional-engined Proton Saga car into a fully electric-powered car in the PROTON Green Mobility Challenge (PGMC) 2012 organised by PROTON Holding Bhd (Proton) and Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, who launched the challenge, said it represented the best example of how the industry, academia and the government cooperated to achieve various objectives in tackling major issues affecting the people.

He said the cooperation between the three major components forming the ‘triple helix’ under the AIM Innovation Developers programme was established to further speed up technological innovations in the country.

“With the addition of another component, namely the people, it will become Quadruple Helix,” he said at the launching of the challenge at the Car Park Lobby of the Prime Minister’s Office, here.

The 10 universities participating in the challenge are Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM),Universiti Kuala Lumpur Institut Malaysia Sepanyol (UNIKL MSI), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Pahang (UMP) and Universiti Selangor (Unisel).

During the challenge, each university is provided with a Proton Saga car, one unit of battery, one motor unit and its control, as well as a RM20,000 fund for purposes of modification according to the rules stipulated, and the final stage will be held from Oct 4 to 7.

The winner will be decided based on the capability of the vehicle to go through various tests including driving distance, the level of pick-up within a quarter-mile distance, the fastest time in a lap and the maximum speed achieved.

The Prime Minister said innovation in the field of research and development (R&D;) was crucial in driving national development, and the country’s most significant success could be seen in innovations in the country’s main commodities namely rubber and palm oil.

He said the nation had achieved numerous successes in the development of these commodities, for example, a Malaysian company had become the first company to unlock the oil palm genetic code, thus recording the most significant achievement in the field of science.

He said the success enabled the output of every hectare of oil palm plantation to be raised through the introduction of new and better types of palm trees. – Bernama

PM LANCAR ‘CABARAN MOBILITI HIJAU PROTON

PUTRAJAYA, 29 Februari 2012 – Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak hari ini melancarkan Cabaran Mobiliti Hijau PROTON 2012 (PROTON Green Mobility Challenge – PGMC 2012), iaitu satu cabaran yang dianjurkan bersama oleh PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi membangunkan kenderaan elektrik mesra alam.

Dalam cabaran yang julung kali diadakan dan dibuka kepada pelajar-pelajar universiti tempatan ini, mereka dikehendaki menukar sebuah kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata PGMC 2012 merupakan satu contoh yang baik bagaimana tiga komponen utama sebuah masyarakat madani iaitu pihak industri, akademia dan juga Kerajaan, dapat menjalinkan kerjasama bagi mencapai pelbagai matlamat yang dapat memberi manfaat kepada Negara. Kerjasama seperti ini juga dikenali sebagai ‘Triple Helix’.

PGMC 2012 merupakan salah satu projek ‘Innovation Accelerator’ Triple Helix (THX) yang dikendalikan oleh AIM dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dari pelbagai sektor bertujuan mempercepatkan inovasi teknologi dalam Negara. Melalui sinergi sumber dan kekuatan yang dimiliki oleh semua pihak yang terlibat, mereka akan mendapat manfaat yang besar daripada kerjasama tersebut.

Kerjasama ini juga akan memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D;) PROTON dalam membangunkan model-model kereta masa hadapan sekaligus mengukuhkan lagi aspirasi PROTON untuk menjadi sebuah pengeluar kereta yang benar-benar global. Inisiatif-inisiatif bagi mempelopori dan mengkomersilkan teknologi automotif yang canggih juga akan memberikan satu lonjakan yang besar bagi industri automotif Malaysia.

Teknologi baru yang bakal dihasilkan melalui PGMC 2012 bukan sahaja akan membantu PROTON untuk membangunkan kenderaan yang lebih mesra alam dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran pihak universiti, malah ia juga akan memberi impak positif yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pembangunan harta intelek tempatan, industri, sistem dan komuniti vendor serta pengurangan kesan karbon dalam Negara ke arah pemeliharaan alam sekitar yang bersih untuk masa hadapan.

Universiti yang mengambil bahagian dalam PGMC 2012 adalah UNITEN; UTeM, UNIKL MSI, UMP, UNISEL, IIUM, UTM, UNIMAP dan UKM. Setiap pasukan perlu membuat modifikasi ke atas sebuah kereta Proton Saga mengikut peraturan yang ditetapkan. Peringkat akhir akan diadakan dari 4 hingga 7 Oktober 2012 dan pemenang PGMC 2012 akan ditentukan berdasarkan keupayaan kenderaan tersebut melalui pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan dalam jarak suku batu, masa terpantas dalam dua pusingan serta kelajuan maksimum.

PGMC 2012 adalah selaras dengan objektif AIM untuk membantu membangunkan kekayaan intelek melalui inovasi. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan di bawah akta Agensi Inovasi Malaysia 2010, AIM memainkan peranan yang penting dalam menggubal strategi bagi membangunkan eko-sistem inovasi Negara dan arus pendapatan baharu Negara melalui inovasi.

PGMC 2012 juga dijangka akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih inovatif dan kreatif serta memupuk budaya dan semangat berdaya saing.

Pengerusi PROTON Holdings Berhad Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata usaha syarikat tersebut ke arah menerokai teknologi canggih dalam bidang automotif adalah selaras dengan fokus industri automotif global dalam bidang teknologi hijau serta mobiliti yang mapan “Kreativiti menghasilkan inovasi dan inilah tujuan utama aktiviti-aktiviti seperti PGMC 2012 diadakan.

Jauh lebih penting daripada cabaran ini, inovasi itu sendiri merupakan komponen yang amat penting bagi mencapai kejayaan dan menjadi lebih berdaya-saing dalam apa juga bidang ekonomi.

Dengan menggunakan industri automotif yang pantas berubah sebagai platform cabaran yang sememangnya ideal, saya percaya cabaran ini akan dapat menyumbang ke arah mengukuh dan memajukan kepakaran teknologi Malaysia dalam semua aspek penting,” tambah beliau.

Kerjasama antara PROTON dan AIM ini juga menunjukkan komitmen PROTON terhadap usaha transformasi Nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara berasaskan ilmu pengetahuan dan berpendapatan tinggi seperti yang termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.

“Masa depan industri automotif bergantung kepada tiga faktor utama iaitu; kebolehan pengeluar kereta untuk membangunkan secara komersil kenderaan generasi baru dengan kos yang paling efisyen; sokongan pihak Kerajaan dan penggubal dasar untuk memformulasi undang-undang jangka panjang yang bukan sahaja membolehkan pengeluar kereta untuk merangka rancangan masa hadapan, lebih daripada itu untuk turut menggalakkan faktor yang ketiga iaitu, kesedaran dan penerimaan masyarakat kepada penggunaan teknologi hijau atau sistem alternatif seperti hybrid dan kenderaan elektrik,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“PROTON berhasrat untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran pengguna terhadap faedah teknologi hijau dalam bidang automotif, tetapi juga merapatkan jurang di antara kewujudan teknologi baru tersebut dan penerimaan orang ramai dan pihak Kerajaan terhadapnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (UNIK) Dato’ Dr Kamal Jit Singh berkata, inisiatif seperti PGMC 2012 dapat meningkatkan lagi kualiti tenaga kerja masa hadapan.

“Apabila pelajar diberi peluang untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh Industri, pengalaman itu akan menjadikan mereka lebih efektif dan relevan. Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi pasaran kerja apabila mereka tamat belajar kelak,” kata Dr Kamal.

Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Inovasi Malaysia En. Mark Rozario berkata PGMC 2012 merangkumi nilai-nilai yang terkandung di dalam Strategi Inovasi Nasional yang dilancarkan AIM pada tahun lepas.

“Bagi AIM, PGMC 2012 bukan hanya sekadar satu usaha untuk mencipta kenderaan berteknologi hijau dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Ia juga bertujuan memacu Malaysia menjadi sebuah Negara inovatif menjelang 2020, dalam konteks pembangunan sumber pendapatan baru dan kemajuan eko-sistem inovasi Nasional,” kata beliau.

“Teknologi baru yang bakal diraih dari penganjuran PGMC 2012 bukan sahaja akan membolehkan syarikat kereta nasional kita membangunkan kenderaan-kenderaan elektrik yang lebih efisyen, tetapi ia juga akan memberikan satu impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Turut hadir di majlis pelancaran PGMC 2012 yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri adalah Pengerusi bersama Jawatankuasa Penganjuran PGMC 2012 Dr Abdul Reezal Abdul Latif, yang juga merupakan Naib Presiden AIM, serta Professor PROTON Dr. Mohd Azman Zainul Abidin, pegawai-pegawai dari rakan-rakan strategik yang terdiri dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), Malaysia Automotive Institute (MAI) dan Society of Automotice Engineers (SAE) International, Malaysia, ahli-ahli jawatankuasa teknikal, penaja-penaja serta Naib-naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan serta pasukan-pasukan dari universiti yang mengambil bahagian.